KAMPUNG DIGITAL LANCARKAN URUSAN POS
PAMERAN POS Digicert pada Smart Melaka International Conference and Exibition 2024 (SMIX 2024). Foto Muhammad Rasul Azli Samad
BANDA HILIR 12 Oktober – Alamat yang tersusun menerusi pelaksanaan inisiatif Kampung Digital menjadikan urusan pos dan kurier di Negeri Melaka lebih efisien, sistematik, lancar SERTA dilindungi ciri keselamatan yang ketat
Perunding Jualan Teknikal, Jualan dan Pemasaran POS Digicert, Patihe Suip berkata, pihaknya menyokong penuh inisiatif itu yang memberikan penekanan kepada urusan dalam bentuk digital termasuk kepada penduduk di kampung.
“Selain melancarkan urusan untuk menghantar surat atau barangan , inisiatif ini juga memudahkan urusan berkaitan seperti transaksi kerana semuanya kini di hujung jari.
“POS Digicert yang diterajui Pos Malaysia menekankan kepada perkhidmatan tandatangan digital, ciri ini meningkatkan lagi tahap keselamatan bagi urusan dalam dunia digital,” katanya ketika ditemui pada Smart Melaka International Conference and Exhibition 2024 (SMIX 2024) di sebuah hotel, di sini, semalam.
Patihe berkata, pihaknya membantu orang ramai termasuk syarikat dan organisasi memiliki sijil tandatangan digital untuk setiap urusan termasuk berkaitan perbankan.
Katanya, apa yang ditawarkan POS Digicert adalah selaras dengan inisiatif Kampung Digital, namun beliau mengakui kesedaran orang ramai berhubung keselamatan atau tandatangan digital di negara ini perlu ditingkatkan lagi.
“Setakat ini tranformasi digital ini amat sukar dalam kalangan umum dan penekanan lebih mendalam perlu diperluaskan supaya rakyat memahami dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.
“Malah ia perlu seimbang buat setiap peringkat umur, pendigitalan ini mungkin mudah diterima oleh golongan muda namun penekanan dalam kalangan golongan berusia perlu diberi perhatian supaya usaha ini diperluaskan,” katanya.
Tags: Smart Melaka Smart Digital Melaka Kampung Digital Banda Hilir Pos Digicert